Tuesday, May 3, 2011

  
   motivasi adalah perkara yang amat penting dalam hidup kita. setiap perkara yang ingin kita lakukan pastinya ada dorongan ataupun tulang belakangnya, itulah yang dinamakan motivasi: sesuatu perkara atau peristiwa yang membuatkan kita sedar dan ingin berubah. motivasi juga boleh diibaratkan seperti baja yang digunakan untuk membaja tanaman atau pokok. pokok itu sendiri kita boleh ibaratkan seperti diri kita.

 mari kita lihat bagaimana seorang petani atau pengusaha ladang kelapa sawit ingin melihat hasil sawit yang diusahakannya memberi hasil yang lumayan. si petani pasti akan menjaga tanaman kelapa sawitnya dengan baik dengan cara memberikan baja setiap bulan. jika dilihat dari pandangan mata kasar, si petani tadi tidak perlu menyusahkan dirinya untuk memberikan baja kepada tanamannya kerana ia boleh membesar dengan kuasa allah s.w.t dengan struktur tanah yang lembap dan cukup garam galian, namun mengapa masih si petani tadi masih mahu memberikan supliment kepada tanamannya?

 ini kerana, si petani atau pengusaha tadi mahu yang terbaik untuk hasil yang akan dia perolehi kelak daripada tanamannya. begitulah juga dengan manusia, walaupun kita diciptakan oleh allah s.w.t dengan sebaik-baik kejadian diantara makhluk-makhluk lain, namun kita masih mempunyai kekurangan dan kita juga perlu mendapatkan supliment untuk diri dan iman kita sebagai seorang muslim dan hambaNYA. dan motivasi yang paling baik ialah AL-QURAN. 

 so, apayang kita tunggu lagi dapatkan supliment ini dirumah-rumah anda. dan ia ternyata berkesan dan melegakan jiwa-jiwa yang jauh dari suluh cahaya iman, dan ia juga jalan terbaik untuk memotivasikan diri kita.   akhir kalam, suka saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang ayat yang selalu memotivasikan diri saya yang mafhumnya:

   
      " dan kita merancang sesuatu dalam masa yang sama allah s.w.t juga merancang. dan perancangan all s.w.t itu jauh lebih baik dari apa yang kita rancangkan"

 
  janganlah kita bersedih dengan apa yang telah dirancangkan olehnya, dan ianya juga bukan bermaksud sebagai manusia kita tidak perlu untuk merancang segala yang ingin kita lakukan.
 
 assalamualaikum.
 peace be upon you.
 
  



No comments:

Post a Comment